CTMS - Official Portal

Director's Welcome Note

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera,

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2017 yang bersidang pada 14 Ogos 2017 telah meluluskan cadangan penubuhan Pusat Pengurusan & Perkhidmatan Teknologi atau Center For Technology Management And Services (CTMS) sebagai sebuah pusat tanggungjawab (ptj) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan berkuatkuasa pada 15 Ogos 2017.

Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan semua pelawat ke Portal Rasmi CTMS UMP. Besar harapannya agar para pengunjung khususnya warga UMP apabila melayari portal interaktif ini, setiap maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan dapat dicapai dengan mudah dan menepati keperluan yang berkaitan.

Untuk makluman, penubuhan CTMS adalah bagi membudayakan Konsep Sharing Facilities di UMP. CTMS bertanggungjawab menyelia dan menyelenggara ruang dan peralatan makmal untuk memenuhi keperluan aktiviti PnP, penyelidik dan masyarakat setempat. CTMS beriltizam untuk menjadi sebuah pusat perkhidmatan sehenti yang profesional, pusat rujukan serta sumber kumpulan pakar teknikal pada masa hadapan.

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian maklumat, maklumbalas dan cadangan tambah baik para pengunjung amatlah dialu-alukan dan semoga portal ini akan memberi manfaat dan berinformasi kepada semua.

Terima kasih.

“Memasyarakatkan Teknologi”

ZULKIFLY BIN JEMAAT
Pengarah
Pusat Pengurusan & Perkhidmatan Teknologi
Center For Technology Management And Services (CTMS)
Universiti Malaysia Pahang